i'm back :)

alhamdulillah dah hampir 3 bulan aku belajar dekat matrikulasi negeri sembilan. mula-mula tu memang rasa susah,tapi lama-lama aku dapat handle la sikit-sikit. kehidupan kat matrik ni tak ada la macam gaya budak belajar kat universiti. lebih ke arah budak sekolah yang berasrama ada la. beza dia cuma ada kuliah,tutorial,kokorikulum, ada kat matrik, ada hep,ada muet. haha :D

kalau pasal roomate pulak, diaorang memang sangat best. aku bersyukur sangat dapat sebilik dengan diaorang. kalau setiap hari lepas kelas aku dapat masuk bilik,rasa heaven sangat, lagi-lagi dapat gelak sakan dengan diaorang. hilang stress lepas habis kelas masa tu. aku rasa best sebab ada certain orang ni siap bergaduh dengan roomate sendiri. aku tak nak la jadi macam tu sebab aku akan bertembung dengan roomate sendiri setiap hari,setiap masa setiap minit. tak kan la nak diajak bermusuh kan?

erm, classmate aku not bad la. diaorang boleh masuk dengan aku. mula-mula dulu memang kata tak best la, tak cool la, tak enjoy la, tapi bila lama-lama semua dah ok. tak kenal maka tak cinta kan? 

cikgu-cikgunya pula ada yang garang,ada yang lembut,ada yang terlebih excited nak mengajar, ada yang tak berapa nak faham bila dia bagi kuliah, macam-macam la cikgu ni. tapi yang paling aku ingat ialah cikgu math aku. nama dia cikgu Helmi. dia ni bekas engineer. cara dia mengajar sangatlah menyeramkan. pernah satu hari tu waktu tu hujan, dia mengamuk dengan sorang budak lelaki kelas aku ni sebab dia fail pre ups and dia langsung tak pergi jumpa cikgu kalau ada masalah. mengamuk la cikgu tu dibuatnya. ayat dia yang paling kita orang ingat kalau dia masuk kelas macam ni 
"hari ni saya nak check apa?" 
"awak ikut je cerita dia"
"jangan tanya kenapa ke apa,dah memang itu jawapan dia"
"mari kita tengok siapa yang kena" (ni kalau lepas kitaorang jawab kuiz)
 
aku rasa dah banyak sangat ni cerita, lain kali sambung lagi.
anyways, selamat hari raya untuk semua. moga-moga raya tahun ni memberi seribu makna buat semua. aminnnn

terima kasih daun keladi :)

tentang rasa

assalamualaikum.
dah 3 minggu aku dekat kmns. alhamdulillah semakin lama semakin aku dapat adapt dengan kehidupan dekat sini. biasala semua benda kena ambil masa nak sesuaikan diri. 

 
doakan aku dilindungi dari apa-apa benda yang tak baik, dan yang paling penting adalah doakan aku dapat 4 flat. aminnn :)

nota kaki : tak ada masa nak cerita detail pasal kmns ni, nanti la bila cuti sem aku cerita macam drama berangkai. haha :D

terima kasih daun keladi :)

kawan

Assalamualaikum.
malam tadi ada seorang kawan baik aku yang A tiba-tiba call. tengah syok-syok aku layan movie korea kat you tube :D , dia boleh pulak call. bila aku angkat call dia, tanpa salam ataupun perkataan yang selalu kita pakai 'HELLOOOOO', dia terus cakap "aku sedih". bila aku tanya kenapa sedih? dia cuma jawab aku sedih, sebab kawan kau la aku sedih, dari petang tadi aku sedih sebab dia buat aku sedih. aku sedih, izyan. aku sedih sangat-sangat. *banyak tak banyak perkataan sedih yang diluahkan dia kat aku. setelah diselidik, rupa-rupanya kawan aku yang A ni kecik hati 10 tahun dengan kawan aku yang B

kawan yang B ni marah-marah kawan yang A tanpa sebab. padahal kawan A ni hari-hari massage dia tanya khabar, tapi yang B langsung tak reply. nak buat macam mana kan bila orang dah marah kita tanpa sebab yang kita tahu,  lebih baik sabarkan diri je.aku cuma nak kata pada kawan yang B ni. tolong jangan sensitif yang teramat teruk sangat dalam perhubungan kawan ni. sekali-sekala tak apa, tapi kalau dah selalu sangat,siapa je yang tahan weh. lama-lama kawan kita yang sabar ni boleh tinggalkan kau macam tu je terkontang-kanting satu hari nanti. kau tak tau yang kawan A tu dah banyak korbankan diri dia untuk kau, korbankan hati, korbankan maruah nak selalu mintak maaf dengan kau padahal pada dasarnya bukan dia yang salah, korbankan masa semata-mata nak layan kerenah kau, korbankan kawan-kawan dia yang lain hanya untu kau!

jadi, buat-buatlah sedar ye kawan B. mungkin, dari aspek lain kau sangat la perfect, tapi kalau bab yang kita, sebagai kawan nak jaga hati kau seorang macam tuan puteri kayangan memang tak patut.



terima kasih daun keladi :)

interview ipg

assalamualaikum.
aku nak cerita experience masa pergi iv ni. aku tau orang lain tu punya la banyak offer interview sampai tak tau nak pilih yang mana. tapi aku cuma ada satu offer interview. tak apa la, asalkan dapat peluang nak merasa macam mana orang pergi iv ni :))

disebabkan aku malas nak cerita pasal otw aku pergi iptho ni,lebih baik aku straight forward kat sesi iv. masa aku sampai tu kena sign dekat list name. dan aku nampak asal ramai sangat yang datang iv hari ni, 7 person out of 8. dalam 7 orang tu cuma ada seorang je lelaki. ok, dia memang diberi keutamaan oleh lecturer kat situ.

start pukul 8.20 pagi. kena buat ujian bertulis insak dulu. just be relax to answer this exam because it was based on logical mind and the time are given about 30 minutes. the optional answer are only A or B. so decide wisely which one are the best answer.

lepas tu, ada discussion in group. dan lecturer suruh budak lelaki tu pilih antara dua set soalan. bila dia pilih, lecturer tu ambil balik kertas tu tapi aku rasa si budak lelaki ni mesti sempat nampak soalan tu. aku tanya la apa soalan dia sebab aku duduk sebelah dia, aku agak terkejut bila aku langsung tak dengar dia bagitau apa kat aku. yang aku dengar persembahan budaya but the real one is pencemaran bahasa. aku pun tak tau sama ada aku kurang pendengaran atau suara dia terlalu garau. err =.= bila agak-agak semua orang dah bagi pendapat, lecturer tu pun tiba-tiba bagitau "awak ni kan, ada ke kat soalan dia kata hanya berkait dengan bahasa malaysia? dia cuma kata bahasa. umum! jadi bahasa jepun ke jawa ke semua boleh" ok, disitu semua nampak kenapa la tak ada seorang pun yang perasan =.='

sekarang masa untuk interview secara individu. aku giliran yang ketiga. bila giliran yang kedua tu dah habis, aku punya la dah cuak tapi lecturer tu sempat keluar pergi minum la, toilet  la. saja menguji kesabaran. huh!

bila dah buyi loceng, 'kringg'. aku pun ketuk pintu 'tok,tok,tok'. aku masuk dan bagi salam. duduk dekat kerusi yang disediakan ye. please sit properly to show you are very confident to answer each of their question. aku rasa no hal untuk jawab pasal personal matters tapi bila masuk bab sejarah aku jadi blurrr! tahukah anda otak saya sudah berkarat nak memgingat semula semua fakta sejarah yang terkandung berjela-jela dalam buku teks form 4 dan form 5? yang paling aku tak tahan sekali dia tanya aku pasal nasionalisme. 

huh, nak je aku jawab dekat encik lecturer yang kalau bab nasionalisme keluar dekat paper spm sejarah especially essay memang aku tolak tepi. tak akan dan tak pernah ada niat nak jawab bab tu. tapi tadi aku just bagitau apa yang aku ingat asalkan aku mencuba tak ada la cakap tak tau langsung. yang part ni lagi kelakar, dia tanya belanda pernah jajah tanah melayu ke tak. dengan muka confident aku jawab TIDAK! lepas tu dia tanya lagi tau tak pasal sejarah melaka. dia tanya siapa yang mula-mula jajah,aku jawab portugis. betul la tu. lagi dia tanya lepas tu siapa? aku jawab errrr,BELANDA? *ok,aku bengang sangat masa ni. kalau boleh tak nak pandang dah muka encik-encik kat depan ni. ok, that's all!


------------THE END-----------



terima kasih daun keladi :)

fikiran aku masa dekat kampung :)


assalamualaikum...
dengan udara dan keadaan yang panas cenggini di kampung aku iaitu bukit gambir,muar (ye,aku orang johor lebih tepat lagi muor) aku rajin pulak update blog. maybe because there is nothing suits with me to do something interesting. or else i should just laying down on the floor under the fan, listening to the kpop songs which i had download them in my c510 sony ericsson handphone ,close my eyes and follow the rhythm of the beat. and at the end, i will wake up at 7 p.m. haha.


tapi aku tak terasa nak buat semua tu, sebab hati tak tentu arah. kenapa? *aku tak nak explain lebih-lebih laa :))


terima kasih daun keladi :)

berfessbukk =.=

nampak tak comment facebook yang banyak ni. dah la kita orang main comment-comment ni pukul 3 pagi tak silap aku. semua mata celik je lagi. HAHA :D.
seriously aku rindu moment kita masa dulu-dulu dari pagi kita pergi sekolah sampai petang balik sekolah tak pernah berenggang nak bergosip. itu kerja yang kita selalu buat kan? kalau nak dikira dengan jari dah berapa banyak kita mengalirkan mata tak kira la sedih ke gembira memang tak terbilang. 
aku harap korang tak akan lupa semua kenangan yang dah kita coretkan sama-sama. :))


terima kasih daun keladi :)

alhamdulillah :)

tengok tajuk entry kali ni macam bersyukur sangat kan? :)) hari tu kan aku ada announce kat entry sebelum ni yang aku test JPJ 26 Apr. So,now aku nak bagi tau yang aku dah pass dengan jayanya. Ok,dah tak payah fikir nak kena bayar apa-apa untuk dapatkan license ni. RM 150 kalau nak retest. Damn! if i have to repeat it again for the third time. just imagine i had to waste of my money just because to got a permission by the tester when they raise their hand to prove that i had passed.
this is my lucky number!

waktu dekat dalam litar tu, aku just act cool. tak macam first time aku test sebelum ni. darah gemuruh mengatasi segalanya :D aku masuk la dalam kereta kancil tu. mula-mula it was common when we start the engine and at the end, the car was not moving at all and the engine like hell. suddenly the engine turn out to be the main problem when we trying to balance between clutch and accelerator. *ok, itu problem aku pada mulanya. tapi akhirnya gerak jugak kereta ni. first sekali hill dan aku dengan sekali percubaan je dah ngam-ngam kat atas line kuning. thanks god! :) second,parking. ni macam no hal bagi aku. small matter! nasib baik tiang tak jatuh. kalau jatuh, sila tutup muka anda dengan tudung,bag or even your hands. malu kottt. third, adalah 3 pointer. bila aku dah lepas parking, hati aku dah bersorak yang aku akan lulus. but at the same time i'm try to control my reaction. just don't want to be over confidence. at last, aku lepas jugak bahagian litar ni. again, ALHAMDULILLAH :))

sekarang part on the road pulak. buat sekian kalinya aku ternampak dekat borang JPJ tu aku dapat jalan B. what the fish man! for your information, i'm not used to drive using this road. arghhh, masa ni aku dah kata pada diri aku macam nak ke arah fail je ni. tapi, ada tektik weh kalau korang nak hidup ni. aku begging la dekat abang JPJ tu nak tukar road A. sekali dia tak bagi laaa. dengan muka tak putus asa aku merayu la sampai dia instruct aku belok kiri then u-turn. *dalam sesi pembelajaran aku, tak pernah belajar cara nak buat u-turn. pandai-pandai kau la izyan nak hidup. bila dah sampai kat driving school aku nampak la abang JPJ ni tick dekat column lulus and not kandas okay? 

and the conclusion is, aku dah tak payah bangun pagi-pagi macam orang nak pergi sekolah semata-mata nak belajar naik bukit yang meyusahkan, parking yang tujuh tiang tu,3 pointer yang  cerewet tu. *see? kutuk la izyan,mentang-mentang dah lulus. haha :P

terima kasih daun keladi :)

zaman muda-mudi


assalamualaikum,
sebelum tu aku nak bagi tau dulu yang hari tu aku test jpj dan aku fail :) *dengan bangganya. maybe aku retest 26 april ni. pray for me ok? that one is only my acknowledgement. actually there is many things i want to share it over here. but, i think the best way i should keep it by myself. 

sebenarnya aku nak cerita pasal zaman sekolah aku. memandangkan aku baru sahaja tamat zaman persekolahan aku, apa kata kita flashback apa yang patut. mula-mula aku didaftarkan di tadika taski abim pada umur 4 tahun.  ibu cakap aku ni masuk tadika macam ambil degree. 3 tahun kat tadika. :D (pakai baju sekolah tadika yang colour hijau dan pakai kasut tapi stokin tak pakai). bila aku umur 6 tahun, adik aku yang umur 5 tahun tu pun satu tadika dengan aku. yang kelakar nya bila setiap kali adik aku nangis for sure their friends will search for me to coax him. *i'm so proud with my bro.huh

*masa ni umur 6 tahun,please jangan cari mana satu aku :D
--------------------------------------

bila masuk darjah satu, aku tak satu sekolah dengan ibu. aku kena sekolah dekat SRAB :) biasa la lepas tadika je terus masuk darjah satu. mesti macam culture shock sikit sebab tak boleh nak bermanja dengan cikgu. sekolah aku ni terletak dekat bandar nun jauh dari rumah. *gaya macam jauh dia beribu km la kan.   dah la sesi persekolahan dia habis pukul 4 petang sebab dia combine subjek sekolah kebangsaan dengan sekolah agama sekali. kira pakej la. tak macam bertapa kan kat sekolah tu masa darjah satu. boleh dikatakan aku selalu merenung di tepi tingkap sebab nak cover aku nangis. tapi tak lama lepas tu masa darjah dua sekolah tu kena pindah bangunan which is just a stone throw from my house.*relief :) lagi satu kat sini aku jadi pustakawan. again, i'm wearing a light green school uniform. cool right?


satu-satunya sekolah yang aku tak ada simpan apa-apa gambar pun.
--------------------------------------
lepas darjah tiga aku pindah sekolah lagi ke sekolah ibu aku. SK Segamat Baru. alasan parents aku pindahkan aku sebab tak larat nak hantar. ok, ni ibu dengan ayah main pindahkan je tanpa tanya aku nak ke tak nak. dengan selamba aku tegur je budak sekolah ni. well, this one is my advantage as a new student sebab aku kan anak cikgu sekolah tu. aku tau masa sekolah kat sini aku rembat semua jawatan padahal budak baru kott. siap jadi penolong ketua darjah lagi. waktu darjah enam pulak aku jadi head student. *cewahhh mesti ramai tak suka aku masa aku sekolah kat sini. 
*aku pegang dua jawatan masa ni. ok,muka aku selekeh =.=
--------------------------------------
form 1 pulak aku sambung dekat SMK dato' bentara dalam. ni lagi satu culture shock juga sebab elok-elok waktu darjah 6 jadi senior tiba-tiba je masuk sekolah menegah jadi junior. seriously, aku enjoy sekolah kat sini. selalu pagi-pagi aku tunggu kawan aku myza dengan nysa dekat petronas. *menguji kesabaran bila tunggu orang ni.  lepastu, jalan sama-sama pergi sekolah macam itik pulang petang. kat sini ada memori yang sangat tak boleh nak lupakan. jodoh aku dengan sekolah ni pun tak lama cuma sampai form 4 oleh sebab aku kena pindah lagi. (rindu gila dengan cikgu gan yang selalu menguji minda bila dia tanya soalan on the spot, nasib baik fizik aku A) 
*sila sengetkan kepala anda
--------------------------------------

senior year aku dekat SIGS JB. ermm, it was a girl school and not coed school. can i survive in this school for a year? Yes i can :)) tak susah nak biasakan diri di sekolah baru. sebab dah berpengalaman kan belajar dekat banyak-banyak sekolah. haha. tiba-tiba terinagat pulak dekat sorang cikgu aku ni. dia cakap aku suka senyum *yesss, senyum la meleret lagi kan untung-untung dapat A untuk subjek dia nanti. dan tak lupa jugak sijil berhenti sekolah aku cop mohor rasmi dari sigs walaupun aku cuma setahun je sekolah kat sini. dan aku suka la bila classroom hanya dipenuhi oleh perempuan sahaja ada advantage untuk gosip-gosip dekat bawah meja. 

*all my classmate are girl :))


terima kasih daun keladi :)

first offer letter


hari tu aku apply unikl ni main-main je. last-last aku dapat. insyallah aku pergi kalau course yang dekat upu tak menarik minat aku. actually, i'm not very confident to further study in science field. but, i have to try it first,maybe when i already step on into this college it will change my perspective. one thing i know about this college is they use this quote for students to gain 4 flat : the grade is A the number is 4

terima kasih daun keladi :)

what should i do?


i wonder if my dream comes true or not in the future? maybe this is the right time to discover about my passion. but, to make a decision is the hardest thing in life than to make the people around us proud with you.

terima kasih daun keladi :)

cerita SPM tak habis lagi


sebelum pergi ambil result. :P


Assalamualaikum.
aku sebanarnya nak cerita pasal result SPM aku. walaupun cerita ni dah basi, tapi aku tetap nak cerita jugak :P
Erm, pada 21 Mac 2012 aku dengan bangganya memakai baju sekolah setelah hampir 3 bulan aku simpan baju tu dalam plastik warna merah. aku pun not sure sangat yang waktu ambil result kena ke pakai baju sekolah. jadi, aku pun perap la baju-baju aku tu dalam plastik. :D

Aku pun berjalan la keluar dari rumah sebab nak tunggu ibu ambil aku dekat pintu pagar sekolah Vokasional ni. Dengan selamba aku keluarkan hand phone *at the same time aku pakai baju sekolah. just imagine? haha, dah la pergi sekolah dekat pukul 10 pg. apa la budak-budak Vokasional fikir pasal aku. Eh, lantak korang la! aku tua setahun dari korang eh. jangan nak pandang aku semacam pulak. orang dah la tengah nervous.

okay, bila dah sampai area sekolah, aku tak terus pergi sekolah aku, aku nak lepak dekat sekolah ibu dulu *sekolah ibu dengan sekolah aku adalah terletak berhadapan satu sama lain ok?  dekat sigs rendah ni aku duduk la termenung dengan reana dan syali. huh, dia orang tak payah nak termenung laa, confirm straight A. cerah masa depan.

bila razana dah call aku suruh datang sekolah cepat, aku pun terus pergi tanpa jumpa ibu. (satu kesilapan aku, tak salam ibu dulu sebelum ambil result)  aku menonong (ejaan aku betul tak?) je jalan dengan sejuta satu harapan. *cehhh. dekat sana, aku duduk tepi dewan. port biasa aku duduk.

tiba-tiba ibu call, yang dia ada dekat sekolah aku. omg! aku lagi cuak kot, bila cikgu dah arahkan budak-budak ni masuk dewan, semua dah tak tentu arah, tapi still sempat nak bergosip. :D lepas tu, mula la slide show pasal result. nama-nama budak yang dapat straight A sudah pun diketahui *the fact is nama aku memang tak kan ada dalam list. i'm sure about that.

sesiapa yang tak dapat straight A sudah pasti kena ambil slip dekat guru tingkatan. lepas tu, aku nampak ibu dah meluru dekat aku. aku cuakkk siot. mula lah perbualan aku dengan ibu :

Ibu : eh, dira cepat la ambil slip. Ibu ada kelas ni. nak kena cepat.
Aku : laaa, kena tunggu queue la. *seriously, waktu ni air mata aku dah nak buat hal
Ibu : *dia terus pergi dekat cikgu aku. Cikgu, boleh tak ambil slip anak saya dulu? saya ada kelas la lepas ni.
Cikgu : sekejap ye. *sambil mencari-cari slip aku.
*Ibu terus ambil slip tu dan aku cuma toleh belakang, huh, air mata aku ni tak reti nak tahan sekejap. aku cakap macam ni dekat ibu.
Aku : Ibu, kira bu berapa A?
Ibu : 8A, congratulation! *sambil cium pipi aku.
pandai-pandai korang laa nak besarkan mata macam mana :P

biar aku jelaskan disini yang subjek chemistry dengan biology aku dapat B+. Aku cuma ada seketul A+ iaitu Sejarah. Itu je la intan payung aku untuk dapat A+! syukur la ada daripada tak ada langsung. *klise punya statement. 
 aku menangis macam orang gila. aku peluk kawan-kawan aku dengan menangis ok. aku malu kot. *sori friends :D. Dan bermula lah hand phone aku bunyi. Orang first call, abang aku laaa. Boleh pulak aku menangis. Dia cakap ok la tuh 8A. Lepas tu, kaklong aku pulak call. Lepas tu lagi, ayah aku msj je. *ayah busy sebab ada meeting

erm, cerita aku dah habis!
sebelum tu, aku nak ucap terima kasih kepada ibu dengan ayah sebab berkorban hantar aku pergi tuisyen plus bayarkan yuran sekali. second untuk kaklong, abang dengan faris. *kaklong yang selalu bagi aku nasihat :) *abang yang selalu jadi mangsa hantar dengan ambil aku sekolah dengan tuisyen :) *faris yang selalu buat kakak dia jeles kalau dia selalu online :D Third, untuk kawan- kawan aku dari tadika sampai la form 5 ni.


lastly,selamat tinggal zaman persekolahan. aku akan sentiasa ingat saat-saat aku menghabiskan masa dengan memakai baju sekolah yang berwarna putih lagi suci dan murni itu. 

terima kasih daun keladi :)

2 hari lagi


*sebelum tu, mana aku nak cari baju dengan kasut sekolah ni. mana entah aku sumbat! 

hari ini 19 mac 2012. so,its my birthday :D. aku nak buat wishlist sikit bersempena umur aku yang dah bertambah setahun ni. wishlist ini hanyalah untuk jangka masa pendek ok?

 pertama : aku nak dapat keputusan SPM yang membanggakan ibu bapa aku dan family. ini bukan bermakna aku nak sangat dapat straight A pun, tetapi cukuplah sekadar buat mereka tersenyum. aku tak mengharap pun nak dapat flying colours. lagipun, jawapan yang aku bagi waktu SPM dulu pun macam tak confident. kalau ada rezeki ya, sudah pasti aku terima. 

 kedua : untuk makluman korang, sampai sekarang aku still tak ada hala tuju. maksud aku cita-cita aku nak jadi apa nanti. kalau orang tanya, nak jadi apa or nak ambil course apa, aku akan buat muka tak bersalah. atau pun aku cuma jawab entah! :( . so, aku harap dalam masa terdekat ni aku dah boleh decide nak jadi apa. Aminnn!

ketiga : aku nak dapat lesen cepat-cepat. jenuh aku ulang-alik pergi belajar driving. muak dah aku dengar perkataan clutch, 5 perkara, tukar gear dan macam-macam lagi la. pesanan buat insructor aku, please laa jangan main tukar-tukar tarikh test jpj, sesedap rasa dia je nak tukar tarikh. :P

keempat : aku nak cepat-cepat habis plkn. *cehhh, macam bersemangat. aku malas laa kalau kena postponed plkn nih. nanti kalau dah tua mana laa nak menyanggup (ada ke perkataan ni dalam kamus?) buat benda-benda nih. aku setiap hari pergi bukak plkn punya laman web semata-mata nak check aku dapat penempatan kat mana. *nervous

 kelima : lama aku fikir yang kelima ni. tapi tak jumpa-jumpa apa yang terakhir ni. tak apa lah, tahun depan aku sambung .haha :D

terima kasih daun keladi :)

Mr SPM




BM : A- 70, A 77, A+ 90
BI : A- 68, A 72, A+ 83
Agama : A- 83, A 86, A+ 92
Moral : A- 80, A 84, A+ 88
Math : A- 65, A 74, A+ 86
Add Math : A- 52, A 64, A+ 78
Bio : A- 63, A 75, A+ 87
Chem : A- 69, A 79, A+ 88
Phy : A- 65, A 75, A+ 87
Sejarah : A- 78, A 84, A+ 91
P. Akaun : A- 77, A 84, A+ 90
EST : A- 71, A 79, A+ 87
Ekonomi Asas : A- 73, A 82, A+ 



17 hari lagi wooo! apa aku rasa bila tengok segala nombor yang ada kat atas ni :) sebelum tu jangan percaya sangat benda ni tau!
first sekali yang paling aku tak puas hati adalah untuk subjek chemistry. OMG! dah la paper 3 dia yang section experiment tu macam apa je. lepas tu gred dia langsung tak turun. apa hal? aku tak boleh dah nak describe macam mana lagi. memang aku main bedal la jawab soalan tu. asal kan kertas jawapan aku penuh. that's the fact ok.  harap-harap cikgu yang tanda paper aku tu tak sakit jiwa bila tengok jawapan aku tu. itu pun aku dah buat yang terbaik *ceh..cehh..

yang subjek add math tu aku rasa ok la. tak membebankan sangat. kalau dapat A- pun aku dah bersyukur. tapi aku jamin kalau betul la gred SPM macam ni nanti, aku sure ada beberapa orang kawan aku yang confirm dapat A+. ( gebu dan syahirah kan?). tapi macam yang aku cakap sebelum ni tak boleh nak percaya 100% dengan info yang macam ni. sekadar untuk menyenangkan hati je boleh. tapi macam menambahkan ketidak tentuaan jiwa aku je. :D

mungkin sekrang ni result kita semua dah ada. tinggal nak printing je. siapa tau kan? aku harap aku dapat terima apa jua ujian atau rezeki yang aku dapat nanti. pray hard dear :) Insyallah.


terima kasih daun keladi :)

mari gelak bersama

assalamualaikum <3

aku malas nak kira berapa hari lagi sebelum result SPM. semalam bila ibu tanya lagi dua minggu kan? dan aku buat muka pelik. aikkk,bukan ke lagi 3 minggu. tapi setelah aku menyelidik kalendar yang disediakan dalam hp yang agak banyak kesan calar-balar "meraih simpati untuk belikan hp baru boleh?" rupa-rupanya betul la 2 minggu lagi. ok, aku malas nak flashback pasal SPM ni. cukup la satu paragraph je. (cehhh,aku sakit hati)

jadinya, penyelesaian bagi masalah di atas ialah aku dengan bangganya mendownload satu variety show korea ni. "kalau korang rasa aku ni peminat fanatik korea, tapi sebenarnya tak ada la sangat sekadar mengambil tahu" variety show ni nama dia running man. *lelaki berlari. program ni sangat la mencabar muscle area mulut aku untuk bertindak dengan cepat. pasaiapa? sebab show ni sangat lah kelakar sampai nak tercabut gigi aku. show ni berlandaskan game show yang dianggotai oleh commedian, actor and singer. diaorang perlu selesaikan satu misi untuk menang. *tak kan lah tak nak menang, cehhh :D kalau kalah for sure kena denda. malu babe kalau orang popular kena denda depan public!

kadang-kadang ada la kejadian yang seperti kebiasaan berlaku dalam game ni. macam belot ahli kumpulan sendiri, menipu dengan jadi spy segala, kena tipu tu dah jadi adat dalam program ni. *tak tipu tak ada style la kan? so, setiap orang mesti bijak dan ada instinct kalau dia rasa diri dia kena tipu. (hah,nampak tak permainan dia?) ok la aku malas nak cakap banyak. lebih baik aku sambung gelak yang tak seberapa ni. *dah la gelak sorang-sorang sampai pukul 2 pg, kau kata tak seberapa? mari kita review sikit. 

*sekarang ni pun aku masih bergiat aktif download setiap episod show ni. rasa bahagia sekejap! :D


terima kasih daun keladi :)

dream high 2

memandangkan tajuk dia macam seakan-akan sama dengan apa yang aku rasa sekarang ni, iaitu aku nak menjadi seorang yang bercita-cita tinggi. every single day, i just want to make my life more precious and cheerful. but, it look like was very tough to do that! every minute, every second i always look at myself what i'm gonna to be. ok, let's enough with this 'dream high'!

korang tahu kan wujudnya satu laman web yg semuanya ada drama korea iaitu maduu. kalau tak tau klik sini. tapi dia kena register dulu baru boleh menonton ok? aku sekarang ni disebabkan dah tak ada kerja sangat jadinya cuma tengok drama dream high ni la. hah, itu sebab tajuk entri ni dream high, yg mula-mula tu cuma pendahuluan semata-mata. drama ni nampak macam typical seperti drama yang lain-lain. biasa la kalau dia suka orang ni, orang ni suka orang tu. orang tu pulak suka orang itu ini. tak gitu? standart la kan. tapi drama ni ada la juga selitkan pasal impian diaorang dari segala aspek. impian diaorang cuma satu iaitu nak jadi penyanyi.


heroin dia ni sebenarnya aku rasa tak ada la pandai sangat menyanyi. tapi disebabkan dia rasa dia ada talent and passion, tu yang dia nak sangat belajar dekat sekolah ni. aku dah tengok sampai episod 8 ni, hye song ni pandai buat lagu tau. hero dia pulak memang sangat la pandai nyanyi. lagipun memang dia penyanyi pun kalau kat luar. satu yang aku suka dalam watak dia ni sebab dia tak nak popular walaupun suara dia not bad la. macam mana tu? orang sekarang kan nak popular dulu walaupun suara biasa-biasa je. alahai, muka ada, pakej ada buat apa nak heran kan? haha


ni hero dengan heroin dia. jin yoo jin dengan shin hye song. 


yang laki ni aku rasa bak up hero. cewahh! ala, dia ni saja nak menyedapkan jalan cerita. satu aku nak cakap pasal dia ni, nama dia JB tak silap. dia dah popular sebenarnya tapi agensi dia suruh attend sekolah balik sebab buat hal. cuba tengok baju dia tu lain dari budak yang lain. perasan popular la tu kot. haha.


yang perempuan ni macam biasa la kalau ada yang baik mesti ada yang jahat bukan? tapi aku rasa akhirnya mesti dia da jadi baik. nama dia dalam cerita ni Lian. nasib tak Lion. hee~ kerja dia cuma nak jadi popular dan sabotaj orang. 

kehidupan dia orang penuh dengan unsur-unsur bersaing semata-mata nak dapatkan tempat untuk jadi penyanyi. tapi pada masa yang sama terpkasa protect kawan-kawan dia orang. layankan je la drama ni sementara ada masa. yang aku dah tengok ni baru sampai episod 8, there is half more to end this drama. you know what, when i analyse the date of the whole episode, the last episode is on 22 march! arghhh, i still can't imagine on what happen to me on that day. i hope everything is ok :)




terima kasih daun keladi :)

hari ini 22 hb feb 2012


beautiful, blue, cloud, clouds, day
assalamualaikum,
tarikh hari ini menggambarkan yang betul-betul lagi sebulan sebelum keputusan SPM keluar.
aku pun tak tau betul ke atau tidak yang 22 hb Mac nanti keputusan diumumkan. tapi nampak macam real je sebab tarikh tu jatuh di hari khamis. selalu memang hari khamis la yang menjadi pilihan untuk umumkan apa-apa keputusan. tak percaya? lantak korang la ok?

orang cakap kalau hari dah nak dekat dengan keputusan peperiksaan,
 selalunya dapat mimpi.
yeke? semalam je ibu dah tanya ada mimpi apa-apa tak? aku kata mimpi nak beli kereta sebiji ada la. haha. dulu waktu aku PMR tak ada langsung mimpi ni. kalau diingat balik,aku mimpi pun lepas dah dapat tau result. itupun mimpi sebab berangan nak mintak apa dekat ayah dengan ibu. haha

sekarang ni sejak dua menjak aku selalu terbayangkan macam mana perasaan aku kalau dapat keputusan teruk atau mungkin suam-suam kuku je A yang aku dapat. apa reaksi aku masa tu ye? meraung kot macam aku UPSR dulu. menyesal tak sudah.



terima kasih daun keladi :)

i'm try to be the best

antara adik-beradik aku, aku rasa aku la yang paling tak pernah duduk jauh dari ayah dengan ibu. aku la satu-satunya orang yang ayah selalu hantar aku pergi sekolah, balik sekolah dari darjah 1 sampai la aku tingkatan 5. satu tempoh masa yang panjang. aku juga la yang selalu berkongsi cerita dengan ibu kalau ayah tak ada dekat rumah. aku kan setia kepada rumah ni. rumahku syurgaku kot! 

selalu aku sahaja hanya tengok orang lain pergi belajar jauh-jauh. tengok dia orang naik bas segala. aku tak nak orang cop aku anak ibu atau ayah. aku tak nak title tuh la. tak pernah terlintas pun. adik-beradik aku semuanya anak ibu dengan ayah. 

nanti kalau aku dah keluar dari rumah, aku cuma berharap keluarga aku tak kan ada benda yang tidak baik berlaku. cukup-cukup la kejadian dulu yang menimpa aku. ianya sangat sakit dan perit untuk didengar, dilihat,diingati atau difahami. tapi, aku dah buktikan walaupun ada sejarah hitam berlaku, benda tu tak pernah meruntuhkan semangat aku untuk terus berusaha malah benda tu la yang membuatkan aku kuat untuk berjaya. insyallah.


i'm try to be the best as a daughter, sister and friend! :)


terima kasih daun keladi :)

i'm begging you


aku borong novel-novel ni dekat popular cs. gambar ni tak ada kaitan dengan post ni ok?                   

                  pejam celik pejam celik, rupanya dah masuk bulan 2. lagi sebulan je sebelum bulan 3,itu bermakna lagi sebulan lebih juga la sebelum result SPM keluar. isy, macam-macam aku dah bayang tau. sama ada aku menangis gembira atau menyesal. ni belum lagi sehari sebelum result,lagi tak keruan aku dibuatnya. setiap kali orang tanya, result SPM bila keluar, aku terus terbayang berapa A aku dapat. mungkin 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10.

                   aku sebenarnya takut nak letak harapan yang tinggi. sedangkan diri aku pun tak letak harapan yang menggunung, tapi semua orang sekeliling aku anggap aku dapat ulang kejayaan macam aku PMR dulu. Ya ALLAH, aku takut aku tak dapat buat yang terbaik macam yang sebelum ni. sememangnya aku nak sangat yang kejayaan tu boleh berulang lagi. dapat la catat sejrah dalam profil hidup aku. tapi, tengok la dulu dekat mana rezeki aku tu nanti. 

                       salah ke kalau kadang-kadang aku terfikir juga adakah kejayaan aku dulu adalah satu kesilapan? tidak kan? kerana kadang kala ada sahaja bisik hati aku yang mengatakan kejayaan dulu tidak membei makna apa-apa dalam situasi sekarang.

                         aku harap kejayaan dahulu dapat diulangi lagi sebab ramai orang mengharapkan yang terbaik untuk aku. SPM memang lain dari yang lain. dia tak macam ujian bulanan, peperiksaan setengah tahun, atau akhir tahun, UPSR, PMR, ujian komputer nak ambil lesen pun tak. SPM ni special tau. dan mesti semua orang bersetuju dengan aku yang SPM ni la peperiksaan yang paling teramat sangat susah.

lastly, i'm begging you YA ALLAH, please let me to do well toward my parent, or even human in my surrounding. besides, i hope all of my effort from childhood until now is worth with the result. AMIN!






terima kasih daun keladi :)

aku nak ni boleh?



              ada orang offer dekat aku yang dia nak belikan novel. fuhh, memang la aku tersenyum lebar. so, aku pun google la novel apa yang tengah laris sekarang nih. the fact is, i am really want this novel right now. tu benda yang dekat atas nih.  aku dah baca sinopsis dia macam menarik minat untuk aku nak baca. lagipun, aku kat rumah cuma tanam anggur je selain bertwitter, berfacebook dan menonton movie korea. nak ajak abang aku pergi pesta buku kat kl pun belum tentu dapat. jadi, pergi beli dekat mph or popular je la nampaknya.

          novel aku yang dulu-dulu pun aku dah dekat berkali-kali aku ulang . sampaikan, aku dah ingat lepas plot cerita dia. dah boleh teka dah. hari tu lepas spm ada jugak aku beli novel baru, sampai 2 lagi. tapi tak sampai 5 hari aku dah balun dua-dua. haha. 




terima kasih daun keladi :)

rindu kau!

         


 dulu, aku selalu kutuk belakang-belakang kat sorang budak ni. let me name by R. aku selalu pergi tuisyen dengan dia dari form 1 sampai form 4. kat mana aku pergi mesti dia ada kecuali dekat sekolah. mesti pelik kan kenapa aku tak rapat dengan dia bila dekat sekolah. mungkin aku rasakan yang aku ada kawan yang lebih baik dari dia. aku ingat lagi waktu form 3 dia ada mintak nak ajarkan subjek sejarah. so, kita orang decide lepas sekolah, nak stay untuk study group. yang kelakar nya kita orang berdua je kot.

waktu form 4 dia dah tak satu kelas dengan aku. aku dah masuk kelas yang agak ramai top student sekolah. lagipun waktu tu, aku memang dah tawar hati nak sambung form 4 dekat sekolah yang sama. aku just terima apa yang terjadi dekat aku masa tu. sampai kan nak buat homework pun dah tak lalu. pandang lagi la tak. nak dijadikan cerita waktu mid year exam punya result keluar, aku rasa macam nak menangis sampai air mata darah dah. yela, dulu waktu aku form 3 senang-senag je aku nak perform. so, kawan aku yang R ni pun datang tenangkan hati aku. aku menangis depan dia! seriously, aku menagis dowhh.

aku kalau dengan dia mesti tak nak kalah. tak kira la lawan cakap ke, gaduh manja-manja ke, jeling-jeling sampai nak juling ke, tarik-tarik rambut sampai gugur rambut tu ke. dua-dua mesti nak menang. ada tuh kalau lawan cakap sampai benda yang tak logik pun kita orang boleh bahaskan. pasal pakcik sapu sampah kat area sekolah pun boleh jadi masalah.haha.

hurm, bila aku dah mulakan hidup baru ni, baru aku sedar yang dia sentiasa ingat dekat aku. aku akui yang dia tak adalah serapat aku dengan geng-geng aku, tapi dia rapat dengan aku kalau aku perlukan tempat nak luahkan hati. kadang- kadang rasa macam aku main-mainkan dia pulak. aku harap kau tak fikir macam tu wahai R :)

sekarang nih, dia sentiasa keep in touch dengan aku.  tak pernah dia tak reply mesej aku. dia juga la yang bagi present dekat aku sebelum pindah. orang lain tak buat macam tu pun. kau sorang je kawan. ikhlas dari hati aku, aku nak mintak maaf la kalau aku ada kutuk ko berbakul-bakul sebelum ni.

terima kasih daun keladi :)

help me!

         tolong la ya ALLAH! aku tengah konfius dgn hala tuju aku nak ambil course apa. dulu masa kecik-kecik banyak benda aku nak cuba. pernah terlintas aku nak jadi lecturer, engineer, doktor gigi pun ada. suma benda la aku nak cuba. waktu aku umur 6 tahun, aku selalu cakap sorang- sorang ala-ala seorang yang dah berkerjaya gitu. tapi sekarang semua nya dah bercampur -baur.

          bila aku buka upu punya application, aku terus blurrrr dengan senarai-senarai diploma. kalau foundation lagi la, jauh panggang dari api. orang yang pandai-pandai tahap dewa je yang layak nak mohon. kalau aku nih, kena fikir berjuta-juta kali pun belum tentu layak.                                                                    

             so, mana aku nak pergi sekarang nih wahai diriku? kadang-kadang aku rasa aku tak mampu nak hadapi kehidupan yang penuh pancaroba ni. mustahil untuk aku hadapi sorang-sorang. aku tak nak jadi seorang yang  dewasa lagi boleh tak? aku still belum bersedia.

aku sesuai jadi apa ye????
               
              
              

terima kasih daun keladi :)

driving license!

'L' TO THE 'P' OR 'P' TO THE 'L'?


just to mention that next tuesday, buat pertama kalinya aku kena melapor diri kat driving school. oh! cuak gila kot. by the way, aku dah lama prepare dari segi mental dan fizikal. credit dekat abang aku sebab ajar aku macam mana nak tekan clutch, tukar gear, tekan brake tapi macam mana nak pakai seat belt dia tak ajar pun. haha. actually aku belajar drive kereta ni pun tak start enjin pun. dah la kereta tuh besar gedabak! seram la kalau nak drive yang real punye. aku harap nanti bila aku dah start masuk driving school ni, aku dapat sesuaikan diri la ye. aku jenis yang tak suka kan cabaran. jap2 ada iklan komersial sikit : patut la aku dapat jemputan khas vvip punye untuk masuk plkn. itu satu cabaran wahai nurizyannadhirahzainuzzamanmohdsallehmohdyasin! yes! i loike it! h.u.h.u.h.u :D
terima kasih daun keladi :)

buat julung2 kali nye...

semalam, 2 hb jan 2012 buat pertama kalinya aku masak tanpa bantuan sesiapa. actly, masak2 nih memang aku dah biasa tapi kalau setakat masak sayur reti la. sampaikan ibu aku pun selalu cakap macam nih:



  •  ibu : esok2 kalau ibu dengan ayah datang rumah awak, jangan asyik masak sayur je.
  •  aku : ala,rileks la dira kan pandai goreng ikan. jadi la tu. lauk jugak.
  •  ibu : ?!@$#$?/


ok2, dah la tuh dengar bebelan ibu aku, kalau nak tulis lagi memang aku malas nak refresh balik apa yang dia selalu cakap.back to the square, pagi2 tu aku bangun pkul 8.30 kot. adik aku sampai tegur aku asal start masak awal sangat. abang aku pulak asyik menjengah je aku masak setiap jam. ingat ni program masterchef ke ape bang oiii?
ni hasilnya. yummyyyyy!


ikan tenggiri masak kari ala-ala izyan :)


sayur kailan ikan masin
*masak sayur aku dah pro. sarcastic gila aku

sambal tumis 
*pebret ayah aku. kalau agak2 nak selerakan ayah aku makan, kena ada side dish nih. 


terima kasih daun keladi :)

baru aku sedar yang...


dulu tak sabar nak brhnti buat bnda2 yang berkaitan dgn sekolah, skrg ni aku da mula rindu nak pergi sekolah. ye, aku baru sedar yang all about school lifetime is awesome! :)
terima kasih daun keladi :)