zaman muda-mudi


assalamualaikum,
sebelum tu aku nak bagi tau dulu yang hari tu aku test jpj dan aku fail :) *dengan bangganya. maybe aku retest 26 april ni. pray for me ok? that one is only my acknowledgement. actually there is many things i want to share it over here. but, i think the best way i should keep it by myself. 

sebenarnya aku nak cerita pasal zaman sekolah aku. memandangkan aku baru sahaja tamat zaman persekolahan aku, apa kata kita flashback apa yang patut. mula-mula aku didaftarkan di tadika taski abim pada umur 4 tahun.  ibu cakap aku ni masuk tadika macam ambil degree. 3 tahun kat tadika. :D (pakai baju sekolah tadika yang colour hijau dan pakai kasut tapi stokin tak pakai). bila aku umur 6 tahun, adik aku yang umur 5 tahun tu pun satu tadika dengan aku. yang kelakar nya bila setiap kali adik aku nangis for sure their friends will search for me to coax him. *i'm so proud with my bro.huh

*masa ni umur 6 tahun,please jangan cari mana satu aku :D
--------------------------------------

bila masuk darjah satu, aku tak satu sekolah dengan ibu. aku kena sekolah dekat SRAB :) biasa la lepas tadika je terus masuk darjah satu. mesti macam culture shock sikit sebab tak boleh nak bermanja dengan cikgu. sekolah aku ni terletak dekat bandar nun jauh dari rumah. *gaya macam jauh dia beribu km la kan.   dah la sesi persekolahan dia habis pukul 4 petang sebab dia combine subjek sekolah kebangsaan dengan sekolah agama sekali. kira pakej la. tak macam bertapa kan kat sekolah tu masa darjah satu. boleh dikatakan aku selalu merenung di tepi tingkap sebab nak cover aku nangis. tapi tak lama lepas tu masa darjah dua sekolah tu kena pindah bangunan which is just a stone throw from my house.*relief :) lagi satu kat sini aku jadi pustakawan. again, i'm wearing a light green school uniform. cool right?


satu-satunya sekolah yang aku tak ada simpan apa-apa gambar pun.
--------------------------------------
lepas darjah tiga aku pindah sekolah lagi ke sekolah ibu aku. SK Segamat Baru. alasan parents aku pindahkan aku sebab tak larat nak hantar. ok, ni ibu dengan ayah main pindahkan je tanpa tanya aku nak ke tak nak. dengan selamba aku tegur je budak sekolah ni. well, this one is my advantage as a new student sebab aku kan anak cikgu sekolah tu. aku tau masa sekolah kat sini aku rembat semua jawatan padahal budak baru kott. siap jadi penolong ketua darjah lagi. waktu darjah enam pulak aku jadi head student. *cewahhh mesti ramai tak suka aku masa aku sekolah kat sini. 
*aku pegang dua jawatan masa ni. ok,muka aku selekeh =.=
--------------------------------------
form 1 pulak aku sambung dekat SMK dato' bentara dalam. ni lagi satu culture shock juga sebab elok-elok waktu darjah 6 jadi senior tiba-tiba je masuk sekolah menegah jadi junior. seriously, aku enjoy sekolah kat sini. selalu pagi-pagi aku tunggu kawan aku myza dengan nysa dekat petronas. *menguji kesabaran bila tunggu orang ni.  lepastu, jalan sama-sama pergi sekolah macam itik pulang petang. kat sini ada memori yang sangat tak boleh nak lupakan. jodoh aku dengan sekolah ni pun tak lama cuma sampai form 4 oleh sebab aku kena pindah lagi. (rindu gila dengan cikgu gan yang selalu menguji minda bila dia tanya soalan on the spot, nasib baik fizik aku A) 
*sila sengetkan kepala anda
--------------------------------------

senior year aku dekat SIGS JB. ermm, it was a girl school and not coed school. can i survive in this school for a year? Yes i can :)) tak susah nak biasakan diri di sekolah baru. sebab dah berpengalaman kan belajar dekat banyak-banyak sekolah. haha. tiba-tiba terinagat pulak dekat sorang cikgu aku ni. dia cakap aku suka senyum *yesss, senyum la meleret lagi kan untung-untung dapat A untuk subjek dia nanti. dan tak lupa jugak sijil berhenti sekolah aku cop mohor rasmi dari sigs walaupun aku cuma setahun je sekolah kat sini. dan aku suka la bila classroom hanya dipenuhi oleh perempuan sahaja ada advantage untuk gosip-gosip dekat bawah meja. 

*all my classmate are girl :))


terima kasih daun keladi :)

2 comments:

  1. Yg gambar masa tadika tu kita tau awak yang mana :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ececehhh,orang tak bagi cari lagi la dia besarkan mata eh? haha

      Delete