cerita SPM tak habis lagi


sebelum pergi ambil result. :P


Assalamualaikum.
aku sebanarnya nak cerita pasal result SPM aku. walaupun cerita ni dah basi, tapi aku tetap nak cerita jugak :P
Erm, pada 21 Mac 2012 aku dengan bangganya memakai baju sekolah setelah hampir 3 bulan aku simpan baju tu dalam plastik warna merah. aku pun not sure sangat yang waktu ambil result kena ke pakai baju sekolah. jadi, aku pun perap la baju-baju aku tu dalam plastik. :D

Aku pun berjalan la keluar dari rumah sebab nak tunggu ibu ambil aku dekat pintu pagar sekolah Vokasional ni. Dengan selamba aku keluarkan hand phone *at the same time aku pakai baju sekolah. just imagine? haha, dah la pergi sekolah dekat pukul 10 pg. apa la budak-budak Vokasional fikir pasal aku. Eh, lantak korang la! aku tua setahun dari korang eh. jangan nak pandang aku semacam pulak. orang dah la tengah nervous.

okay, bila dah sampai area sekolah, aku tak terus pergi sekolah aku, aku nak lepak dekat sekolah ibu dulu *sekolah ibu dengan sekolah aku adalah terletak berhadapan satu sama lain ok?  dekat sigs rendah ni aku duduk la termenung dengan reana dan syali. huh, dia orang tak payah nak termenung laa, confirm straight A. cerah masa depan.

bila razana dah call aku suruh datang sekolah cepat, aku pun terus pergi tanpa jumpa ibu. (satu kesilapan aku, tak salam ibu dulu sebelum ambil result)  aku menonong (ejaan aku betul tak?) je jalan dengan sejuta satu harapan. *cehhh. dekat sana, aku duduk tepi dewan. port biasa aku duduk.

tiba-tiba ibu call, yang dia ada dekat sekolah aku. omg! aku lagi cuak kot, bila cikgu dah arahkan budak-budak ni masuk dewan, semua dah tak tentu arah, tapi still sempat nak bergosip. :D lepas tu, mula la slide show pasal result. nama-nama budak yang dapat straight A sudah pun diketahui *the fact is nama aku memang tak kan ada dalam list. i'm sure about that.

sesiapa yang tak dapat straight A sudah pasti kena ambil slip dekat guru tingkatan. lepas tu, aku nampak ibu dah meluru dekat aku. aku cuakkk siot. mula lah perbualan aku dengan ibu :

Ibu : eh, dira cepat la ambil slip. Ibu ada kelas ni. nak kena cepat.
Aku : laaa, kena tunggu queue la. *seriously, waktu ni air mata aku dah nak buat hal
Ibu : *dia terus pergi dekat cikgu aku. Cikgu, boleh tak ambil slip anak saya dulu? saya ada kelas la lepas ni.
Cikgu : sekejap ye. *sambil mencari-cari slip aku.
*Ibu terus ambil slip tu dan aku cuma toleh belakang, huh, air mata aku ni tak reti nak tahan sekejap. aku cakap macam ni dekat ibu.
Aku : Ibu, kira bu berapa A?
Ibu : 8A, congratulation! *sambil cium pipi aku.
pandai-pandai korang laa nak besarkan mata macam mana :P

biar aku jelaskan disini yang subjek chemistry dengan biology aku dapat B+. Aku cuma ada seketul A+ iaitu Sejarah. Itu je la intan payung aku untuk dapat A+! syukur la ada daripada tak ada langsung. *klise punya statement. 
 aku menangis macam orang gila. aku peluk kawan-kawan aku dengan menangis ok. aku malu kot. *sori friends :D. Dan bermula lah hand phone aku bunyi. Orang first call, abang aku laaa. Boleh pulak aku menangis. Dia cakap ok la tuh 8A. Lepas tu, kaklong aku pulak call. Lepas tu lagi, ayah aku msj je. *ayah busy sebab ada meeting

erm, cerita aku dah habis!
sebelum tu, aku nak ucap terima kasih kepada ibu dengan ayah sebab berkorban hantar aku pergi tuisyen plus bayarkan yuran sekali. second untuk kaklong, abang dengan faris. *kaklong yang selalu bagi aku nasihat :) *abang yang selalu jadi mangsa hantar dengan ambil aku sekolah dengan tuisyen :) *faris yang selalu buat kakak dia jeles kalau dia selalu online :D Third, untuk kawan- kawan aku dari tadika sampai la form 5 ni.


lastly,selamat tinggal zaman persekolahan. aku akan sentiasa ingat saat-saat aku menghabiskan masa dengan memakai baju sekolah yang berwarna putih lagi suci dan murni itu. 

terima kasih daun keladi :)

2 hari lagi


*sebelum tu, mana aku nak cari baju dengan kasut sekolah ni. mana entah aku sumbat! 

hari ini 19 mac 2012. so,its my birthday :D. aku nak buat wishlist sikit bersempena umur aku yang dah bertambah setahun ni. wishlist ini hanyalah untuk jangka masa pendek ok?

 pertama : aku nak dapat keputusan SPM yang membanggakan ibu bapa aku dan family. ini bukan bermakna aku nak sangat dapat straight A pun, tetapi cukuplah sekadar buat mereka tersenyum. aku tak mengharap pun nak dapat flying colours. lagipun, jawapan yang aku bagi waktu SPM dulu pun macam tak confident. kalau ada rezeki ya, sudah pasti aku terima. 

 kedua : untuk makluman korang, sampai sekarang aku still tak ada hala tuju. maksud aku cita-cita aku nak jadi apa nanti. kalau orang tanya, nak jadi apa or nak ambil course apa, aku akan buat muka tak bersalah. atau pun aku cuma jawab entah! :( . so, aku harap dalam masa terdekat ni aku dah boleh decide nak jadi apa. Aminnn!

ketiga : aku nak dapat lesen cepat-cepat. jenuh aku ulang-alik pergi belajar driving. muak dah aku dengar perkataan clutch, 5 perkara, tukar gear dan macam-macam lagi la. pesanan buat insructor aku, please laa jangan main tukar-tukar tarikh test jpj, sesedap rasa dia je nak tukar tarikh. :P

keempat : aku nak cepat-cepat habis plkn. *cehhh, macam bersemangat. aku malas laa kalau kena postponed plkn nih. nanti kalau dah tua mana laa nak menyanggup (ada ke perkataan ni dalam kamus?) buat benda-benda nih. aku setiap hari pergi bukak plkn punya laman web semata-mata nak check aku dapat penempatan kat mana. *nervous

 kelima : lama aku fikir yang kelima ni. tapi tak jumpa-jumpa apa yang terakhir ni. tak apa lah, tahun depan aku sambung .haha :D

terima kasih daun keladi :)

Mr SPM




BM : A- 70, A 77, A+ 90
BI : A- 68, A 72, A+ 83
Agama : A- 83, A 86, A+ 92
Moral : A- 80, A 84, A+ 88
Math : A- 65, A 74, A+ 86
Add Math : A- 52, A 64, A+ 78
Bio : A- 63, A 75, A+ 87
Chem : A- 69, A 79, A+ 88
Phy : A- 65, A 75, A+ 87
Sejarah : A- 78, A 84, A+ 91
P. Akaun : A- 77, A 84, A+ 90
EST : A- 71, A 79, A+ 87
Ekonomi Asas : A- 73, A 82, A+ 



17 hari lagi wooo! apa aku rasa bila tengok segala nombor yang ada kat atas ni :) sebelum tu jangan percaya sangat benda ni tau!
first sekali yang paling aku tak puas hati adalah untuk subjek chemistry. OMG! dah la paper 3 dia yang section experiment tu macam apa je. lepas tu gred dia langsung tak turun. apa hal? aku tak boleh dah nak describe macam mana lagi. memang aku main bedal la jawab soalan tu. asal kan kertas jawapan aku penuh. that's the fact ok.  harap-harap cikgu yang tanda paper aku tu tak sakit jiwa bila tengok jawapan aku tu. itu pun aku dah buat yang terbaik *ceh..cehh..

yang subjek add math tu aku rasa ok la. tak membebankan sangat. kalau dapat A- pun aku dah bersyukur. tapi aku jamin kalau betul la gred SPM macam ni nanti, aku sure ada beberapa orang kawan aku yang confirm dapat A+. ( gebu dan syahirah kan?). tapi macam yang aku cakap sebelum ni tak boleh nak percaya 100% dengan info yang macam ni. sekadar untuk menyenangkan hati je boleh. tapi macam menambahkan ketidak tentuaan jiwa aku je. :D

mungkin sekrang ni result kita semua dah ada. tinggal nak printing je. siapa tau kan? aku harap aku dapat terima apa jua ujian atau rezeki yang aku dapat nanti. pray hard dear :) Insyallah.


terima kasih daun keladi :)

mari gelak bersama

assalamualaikum <3

aku malas nak kira berapa hari lagi sebelum result SPM. semalam bila ibu tanya lagi dua minggu kan? dan aku buat muka pelik. aikkk,bukan ke lagi 3 minggu. tapi setelah aku menyelidik kalendar yang disediakan dalam hp yang agak banyak kesan calar-balar "meraih simpati untuk belikan hp baru boleh?" rupa-rupanya betul la 2 minggu lagi. ok, aku malas nak flashback pasal SPM ni. cukup la satu paragraph je. (cehhh,aku sakit hati)

jadinya, penyelesaian bagi masalah di atas ialah aku dengan bangganya mendownload satu variety show korea ni. "kalau korang rasa aku ni peminat fanatik korea, tapi sebenarnya tak ada la sangat sekadar mengambil tahu" variety show ni nama dia running man. *lelaki berlari. program ni sangat la mencabar muscle area mulut aku untuk bertindak dengan cepat. pasaiapa? sebab show ni sangat lah kelakar sampai nak tercabut gigi aku. show ni berlandaskan game show yang dianggotai oleh commedian, actor and singer. diaorang perlu selesaikan satu misi untuk menang. *tak kan lah tak nak menang, cehhh :D kalau kalah for sure kena denda. malu babe kalau orang popular kena denda depan public!

kadang-kadang ada la kejadian yang seperti kebiasaan berlaku dalam game ni. macam belot ahli kumpulan sendiri, menipu dengan jadi spy segala, kena tipu tu dah jadi adat dalam program ni. *tak tipu tak ada style la kan? so, setiap orang mesti bijak dan ada instinct kalau dia rasa diri dia kena tipu. (hah,nampak tak permainan dia?) ok la aku malas nak cakap banyak. lebih baik aku sambung gelak yang tak seberapa ni. *dah la gelak sorang-sorang sampai pukul 2 pg, kau kata tak seberapa? mari kita review sikit. 

*sekarang ni pun aku masih bergiat aktif download setiap episod show ni. rasa bahagia sekejap! :D


terima kasih daun keladi :)