cerita SPM tak habis lagi


sebelum pergi ambil result. :P


Assalamualaikum.
aku sebanarnya nak cerita pasal result SPM aku. walaupun cerita ni dah basi, tapi aku tetap nak cerita jugak :P
Erm, pada 21 Mac 2012 aku dengan bangganya memakai baju sekolah setelah hampir 3 bulan aku simpan baju tu dalam plastik warna merah. aku pun not sure sangat yang waktu ambil result kena ke pakai baju sekolah. jadi, aku pun perap la baju-baju aku tu dalam plastik. :D

Aku pun berjalan la keluar dari rumah sebab nak tunggu ibu ambil aku dekat pintu pagar sekolah Vokasional ni. Dengan selamba aku keluarkan hand phone *at the same time aku pakai baju sekolah. just imagine? haha, dah la pergi sekolah dekat pukul 10 pg. apa la budak-budak Vokasional fikir pasal aku. Eh, lantak korang la! aku tua setahun dari korang eh. jangan nak pandang aku semacam pulak. orang dah la tengah nervous.

okay, bila dah sampai area sekolah, aku tak terus pergi sekolah aku, aku nak lepak dekat sekolah ibu dulu *sekolah ibu dengan sekolah aku adalah terletak berhadapan satu sama lain ok?  dekat sigs rendah ni aku duduk la termenung dengan reana dan syali. huh, dia orang tak payah nak termenung laa, confirm straight A. cerah masa depan.

bila razana dah call aku suruh datang sekolah cepat, aku pun terus pergi tanpa jumpa ibu. (satu kesilapan aku, tak salam ibu dulu sebelum ambil result)  aku menonong (ejaan aku betul tak?) je jalan dengan sejuta satu harapan. *cehhh. dekat sana, aku duduk tepi dewan. port biasa aku duduk.

tiba-tiba ibu call, yang dia ada dekat sekolah aku. omg! aku lagi cuak kot, bila cikgu dah arahkan budak-budak ni masuk dewan, semua dah tak tentu arah, tapi still sempat nak bergosip. :D lepas tu, mula la slide show pasal result. nama-nama budak yang dapat straight A sudah pun diketahui *the fact is nama aku memang tak kan ada dalam list. i'm sure about that.

sesiapa yang tak dapat straight A sudah pasti kena ambil slip dekat guru tingkatan. lepas tu, aku nampak ibu dah meluru dekat aku. aku cuakkk siot. mula lah perbualan aku dengan ibu :

Ibu : eh, dira cepat la ambil slip. Ibu ada kelas ni. nak kena cepat.
Aku : laaa, kena tunggu queue la. *seriously, waktu ni air mata aku dah nak buat hal
Ibu : *dia terus pergi dekat cikgu aku. Cikgu, boleh tak ambil slip anak saya dulu? saya ada kelas la lepas ni.
Cikgu : sekejap ye. *sambil mencari-cari slip aku.
*Ibu terus ambil slip tu dan aku cuma toleh belakang, huh, air mata aku ni tak reti nak tahan sekejap. aku cakap macam ni dekat ibu.
Aku : Ibu, kira bu berapa A?
Ibu : 8A, congratulation! *sambil cium pipi aku.
pandai-pandai korang laa nak besarkan mata macam mana :P

biar aku jelaskan disini yang subjek chemistry dengan biology aku dapat B+. Aku cuma ada seketul A+ iaitu Sejarah. Itu je la intan payung aku untuk dapat A+! syukur la ada daripada tak ada langsung. *klise punya statement. 
 aku menangis macam orang gila. aku peluk kawan-kawan aku dengan menangis ok. aku malu kot. *sori friends :D. Dan bermula lah hand phone aku bunyi. Orang first call, abang aku laaa. Boleh pulak aku menangis. Dia cakap ok la tuh 8A. Lepas tu, kaklong aku pulak call. Lepas tu lagi, ayah aku msj je. *ayah busy sebab ada meeting

erm, cerita aku dah habis!
sebelum tu, aku nak ucap terima kasih kepada ibu dengan ayah sebab berkorban hantar aku pergi tuisyen plus bayarkan yuran sekali. second untuk kaklong, abang dengan faris. *kaklong yang selalu bagi aku nasihat :) *abang yang selalu jadi mangsa hantar dengan ambil aku sekolah dengan tuisyen :) *faris yang selalu buat kakak dia jeles kalau dia selalu online :D Third, untuk kawan- kawan aku dari tadika sampai la form 5 ni.


lastly,selamat tinggal zaman persekolahan. aku akan sentiasa ingat saat-saat aku menghabiskan masa dengan memakai baju sekolah yang berwarna putih lagi suci dan murni itu. 

terima kasih daun keladi :)

No comments:

Post a Comment