kawan

Assalamualaikum.
malam tadi ada seorang kawan baik aku yang A tiba-tiba call. tengah syok-syok aku layan movie korea kat you tube :D , dia boleh pulak call. bila aku angkat call dia, tanpa salam ataupun perkataan yang selalu kita pakai 'HELLOOOOO', dia terus cakap "aku sedih". bila aku tanya kenapa sedih? dia cuma jawab aku sedih, sebab kawan kau la aku sedih, dari petang tadi aku sedih sebab dia buat aku sedih. aku sedih, izyan. aku sedih sangat-sangat. *banyak tak banyak perkataan sedih yang diluahkan dia kat aku. setelah diselidik, rupa-rupanya kawan aku yang A ni kecik hati 10 tahun dengan kawan aku yang B

kawan yang B ni marah-marah kawan yang A tanpa sebab. padahal kawan A ni hari-hari massage dia tanya khabar, tapi yang B langsung tak reply. nak buat macam mana kan bila orang dah marah kita tanpa sebab yang kita tahu,  lebih baik sabarkan diri je.aku cuma nak kata pada kawan yang B ni. tolong jangan sensitif yang teramat teruk sangat dalam perhubungan kawan ni. sekali-sekala tak apa, tapi kalau dah selalu sangat,siapa je yang tahan weh. lama-lama kawan kita yang sabar ni boleh tinggalkan kau macam tu je terkontang-kanting satu hari nanti. kau tak tau yang kawan A tu dah banyak korbankan diri dia untuk kau, korbankan hati, korbankan maruah nak selalu mintak maaf dengan kau padahal pada dasarnya bukan dia yang salah, korbankan masa semata-mata nak layan kerenah kau, korbankan kawan-kawan dia yang lain hanya untu kau!

jadi, buat-buatlah sedar ye kawan B. mungkin, dari aspek lain kau sangat la perfect, tapi kalau bab yang kita, sebagai kawan nak jaga hati kau seorang macam tuan puteri kayangan memang tak patut.



terima kasih daun keladi :)

interview ipg

assalamualaikum.
aku nak cerita experience masa pergi iv ni. aku tau orang lain tu punya la banyak offer interview sampai tak tau nak pilih yang mana. tapi aku cuma ada satu offer interview. tak apa la, asalkan dapat peluang nak merasa macam mana orang pergi iv ni :))

disebabkan aku malas nak cerita pasal otw aku pergi iptho ni,lebih baik aku straight forward kat sesi iv. masa aku sampai tu kena sign dekat list name. dan aku nampak asal ramai sangat yang datang iv hari ni, 7 person out of 8. dalam 7 orang tu cuma ada seorang je lelaki. ok, dia memang diberi keutamaan oleh lecturer kat situ.

start pukul 8.20 pagi. kena buat ujian bertulis insak dulu. just be relax to answer this exam because it was based on logical mind and the time are given about 30 minutes. the optional answer are only A or B. so decide wisely which one are the best answer.

lepas tu, ada discussion in group. dan lecturer suruh budak lelaki tu pilih antara dua set soalan. bila dia pilih, lecturer tu ambil balik kertas tu tapi aku rasa si budak lelaki ni mesti sempat nampak soalan tu. aku tanya la apa soalan dia sebab aku duduk sebelah dia, aku agak terkejut bila aku langsung tak dengar dia bagitau apa kat aku. yang aku dengar persembahan budaya but the real one is pencemaran bahasa. aku pun tak tau sama ada aku kurang pendengaran atau suara dia terlalu garau. err =.= bila agak-agak semua orang dah bagi pendapat, lecturer tu pun tiba-tiba bagitau "awak ni kan, ada ke kat soalan dia kata hanya berkait dengan bahasa malaysia? dia cuma kata bahasa. umum! jadi bahasa jepun ke jawa ke semua boleh" ok, disitu semua nampak kenapa la tak ada seorang pun yang perasan =.='

sekarang masa untuk interview secara individu. aku giliran yang ketiga. bila giliran yang kedua tu dah habis, aku punya la dah cuak tapi lecturer tu sempat keluar pergi minum la, toilet  la. saja menguji kesabaran. huh!

bila dah buyi loceng, 'kringg'. aku pun ketuk pintu 'tok,tok,tok'. aku masuk dan bagi salam. duduk dekat kerusi yang disediakan ye. please sit properly to show you are very confident to answer each of their question. aku rasa no hal untuk jawab pasal personal matters tapi bila masuk bab sejarah aku jadi blurrr! tahukah anda otak saya sudah berkarat nak memgingat semula semua fakta sejarah yang terkandung berjela-jela dalam buku teks form 4 dan form 5? yang paling aku tak tahan sekali dia tanya aku pasal nasionalisme. 

huh, nak je aku jawab dekat encik lecturer yang kalau bab nasionalisme keluar dekat paper spm sejarah especially essay memang aku tolak tepi. tak akan dan tak pernah ada niat nak jawab bab tu. tapi tadi aku just bagitau apa yang aku ingat asalkan aku mencuba tak ada la cakap tak tau langsung. yang part ni lagi kelakar, dia tanya belanda pernah jajah tanah melayu ke tak. dengan muka confident aku jawab TIDAK! lepas tu dia tanya lagi tau tak pasal sejarah melaka. dia tanya siapa yang mula-mula jajah,aku jawab portugis. betul la tu. lagi dia tanya lepas tu siapa? aku jawab errrr,BELANDA? *ok,aku bengang sangat masa ni. kalau boleh tak nak pandang dah muka encik-encik kat depan ni. ok, that's all!


------------THE END-----------



terima kasih daun keladi :)

fikiran aku masa dekat kampung :)


assalamualaikum...
dengan udara dan keadaan yang panas cenggini di kampung aku iaitu bukit gambir,muar (ye,aku orang johor lebih tepat lagi muor) aku rajin pulak update blog. maybe because there is nothing suits with me to do something interesting. or else i should just laying down on the floor under the fan, listening to the kpop songs which i had download them in my c510 sony ericsson handphone ,close my eyes and follow the rhythm of the beat. and at the end, i will wake up at 7 p.m. haha.


tapi aku tak terasa nak buat semua tu, sebab hati tak tentu arah. kenapa? *aku tak nak explain lebih-lebih laa :))


terima kasih daun keladi :)

berfessbukk =.=

nampak tak comment facebook yang banyak ni. dah la kita orang main comment-comment ni pukul 3 pagi tak silap aku. semua mata celik je lagi. HAHA :D.
seriously aku rindu moment kita masa dulu-dulu dari pagi kita pergi sekolah sampai petang balik sekolah tak pernah berenggang nak bergosip. itu kerja yang kita selalu buat kan? kalau nak dikira dengan jari dah berapa banyak kita mengalirkan mata tak kira la sedih ke gembira memang tak terbilang. 
aku harap korang tak akan lupa semua kenangan yang dah kita coretkan sama-sama. :))


terima kasih daun keladi :)