dream high 2

memandangkan tajuk dia macam seakan-akan sama dengan apa yang aku rasa sekarang ni, iaitu aku nak menjadi seorang yang bercita-cita tinggi. every single day, i just want to make my life more precious and cheerful. but, it look like was very tough to do that! every minute, every second i always look at myself what i'm gonna to be. ok, let's enough with this 'dream high'!

korang tahu kan wujudnya satu laman web yg semuanya ada drama korea iaitu maduu. kalau tak tau klik sini. tapi dia kena register dulu baru boleh menonton ok? aku sekarang ni disebabkan dah tak ada kerja sangat jadinya cuma tengok drama dream high ni la. hah, itu sebab tajuk entri ni dream high, yg mula-mula tu cuma pendahuluan semata-mata. drama ni nampak macam typical seperti drama yang lain-lain. biasa la kalau dia suka orang ni, orang ni suka orang tu. orang tu pulak suka orang itu ini. tak gitu? standart la kan. tapi drama ni ada la juga selitkan pasal impian diaorang dari segala aspek. impian diaorang cuma satu iaitu nak jadi penyanyi.


heroin dia ni sebenarnya aku rasa tak ada la pandai sangat menyanyi. tapi disebabkan dia rasa dia ada talent and passion, tu yang dia nak sangat belajar dekat sekolah ni. aku dah tengok sampai episod 8 ni, hye song ni pandai buat lagu tau. hero dia pulak memang sangat la pandai nyanyi. lagipun memang dia penyanyi pun kalau kat luar. satu yang aku suka dalam watak dia ni sebab dia tak nak popular walaupun suara dia not bad la. macam mana tu? orang sekarang kan nak popular dulu walaupun suara biasa-biasa je. alahai, muka ada, pakej ada buat apa nak heran kan? haha


ni hero dengan heroin dia. jin yoo jin dengan shin hye song. 


yang laki ni aku rasa bak up hero. cewahh! ala, dia ni saja nak menyedapkan jalan cerita. satu aku nak cakap pasal dia ni, nama dia JB tak silap. dia dah popular sebenarnya tapi agensi dia suruh attend sekolah balik sebab buat hal. cuba tengok baju dia tu lain dari budak yang lain. perasan popular la tu kot. haha.


yang perempuan ni macam biasa la kalau ada yang baik mesti ada yang jahat bukan? tapi aku rasa akhirnya mesti dia da jadi baik. nama dia dalam cerita ni Lian. nasib tak Lion. hee~ kerja dia cuma nak jadi popular dan sabotaj orang. 

kehidupan dia orang penuh dengan unsur-unsur bersaing semata-mata nak dapatkan tempat untuk jadi penyanyi. tapi pada masa yang sama terpkasa protect kawan-kawan dia orang. layankan je la drama ni sementara ada masa. yang aku dah tengok ni baru sampai episod 8, there is half more to end this drama. you know what, when i analyse the date of the whole episode, the last episode is on 22 march! arghhh, i still can't imagine on what happen to me on that day. i hope everything is ok :)




terima kasih daun keladi :)

hari ini 22 hb feb 2012


beautiful, blue, cloud, clouds, day
assalamualaikum,
tarikh hari ini menggambarkan yang betul-betul lagi sebulan sebelum keputusan SPM keluar.
aku pun tak tau betul ke atau tidak yang 22 hb Mac nanti keputusan diumumkan. tapi nampak macam real je sebab tarikh tu jatuh di hari khamis. selalu memang hari khamis la yang menjadi pilihan untuk umumkan apa-apa keputusan. tak percaya? lantak korang la ok?

orang cakap kalau hari dah nak dekat dengan keputusan peperiksaan,
 selalunya dapat mimpi.
yeke? semalam je ibu dah tanya ada mimpi apa-apa tak? aku kata mimpi nak beli kereta sebiji ada la. haha. dulu waktu aku PMR tak ada langsung mimpi ni. kalau diingat balik,aku mimpi pun lepas dah dapat tau result. itupun mimpi sebab berangan nak mintak apa dekat ayah dengan ibu. haha

sekarang ni sejak dua menjak aku selalu terbayangkan macam mana perasaan aku kalau dapat keputusan teruk atau mungkin suam-suam kuku je A yang aku dapat. apa reaksi aku masa tu ye? meraung kot macam aku UPSR dulu. menyesal tak sudah.



terima kasih daun keladi :)

i'm try to be the best

antara adik-beradik aku, aku rasa aku la yang paling tak pernah duduk jauh dari ayah dengan ibu. aku la satu-satunya orang yang ayah selalu hantar aku pergi sekolah, balik sekolah dari darjah 1 sampai la aku tingkatan 5. satu tempoh masa yang panjang. aku juga la yang selalu berkongsi cerita dengan ibu kalau ayah tak ada dekat rumah. aku kan setia kepada rumah ni. rumahku syurgaku kot! 

selalu aku sahaja hanya tengok orang lain pergi belajar jauh-jauh. tengok dia orang naik bas segala. aku tak nak orang cop aku anak ibu atau ayah. aku tak nak title tuh la. tak pernah terlintas pun. adik-beradik aku semuanya anak ibu dengan ayah. 

nanti kalau aku dah keluar dari rumah, aku cuma berharap keluarga aku tak kan ada benda yang tidak baik berlaku. cukup-cukup la kejadian dulu yang menimpa aku. ianya sangat sakit dan perit untuk didengar, dilihat,diingati atau difahami. tapi, aku dah buktikan walaupun ada sejarah hitam berlaku, benda tu tak pernah meruntuhkan semangat aku untuk terus berusaha malah benda tu la yang membuatkan aku kuat untuk berjaya. insyallah.


i'm try to be the best as a daughter, sister and friend! :)


terima kasih daun keladi :)

i'm begging you


aku borong novel-novel ni dekat popular cs. gambar ni tak ada kaitan dengan post ni ok?                   

                  pejam celik pejam celik, rupanya dah masuk bulan 2. lagi sebulan je sebelum bulan 3,itu bermakna lagi sebulan lebih juga la sebelum result SPM keluar. isy, macam-macam aku dah bayang tau. sama ada aku menangis gembira atau menyesal. ni belum lagi sehari sebelum result,lagi tak keruan aku dibuatnya. setiap kali orang tanya, result SPM bila keluar, aku terus terbayang berapa A aku dapat. mungkin 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10.

                   aku sebenarnya takut nak letak harapan yang tinggi. sedangkan diri aku pun tak letak harapan yang menggunung, tapi semua orang sekeliling aku anggap aku dapat ulang kejayaan macam aku PMR dulu. Ya ALLAH, aku takut aku tak dapat buat yang terbaik macam yang sebelum ni. sememangnya aku nak sangat yang kejayaan tu boleh berulang lagi. dapat la catat sejrah dalam profil hidup aku. tapi, tengok la dulu dekat mana rezeki aku tu nanti. 

                       salah ke kalau kadang-kadang aku terfikir juga adakah kejayaan aku dulu adalah satu kesilapan? tidak kan? kerana kadang kala ada sahaja bisik hati aku yang mengatakan kejayaan dulu tidak membei makna apa-apa dalam situasi sekarang.

                         aku harap kejayaan dahulu dapat diulangi lagi sebab ramai orang mengharapkan yang terbaik untuk aku. SPM memang lain dari yang lain. dia tak macam ujian bulanan, peperiksaan setengah tahun, atau akhir tahun, UPSR, PMR, ujian komputer nak ambil lesen pun tak. SPM ni special tau. dan mesti semua orang bersetuju dengan aku yang SPM ni la peperiksaan yang paling teramat sangat susah.

lastly, i'm begging you YA ALLAH, please let me to do well toward my parent, or even human in my surrounding. besides, i hope all of my effort from childhood until now is worth with the result. AMIN!






terima kasih daun keladi :)

aku nak ni boleh?



              ada orang offer dekat aku yang dia nak belikan novel. fuhh, memang la aku tersenyum lebar. so, aku pun google la novel apa yang tengah laris sekarang nih. the fact is, i am really want this novel right now. tu benda yang dekat atas nih.  aku dah baca sinopsis dia macam menarik minat untuk aku nak baca. lagipun, aku kat rumah cuma tanam anggur je selain bertwitter, berfacebook dan menonton movie korea. nak ajak abang aku pergi pesta buku kat kl pun belum tentu dapat. jadi, pergi beli dekat mph or popular je la nampaknya.

          novel aku yang dulu-dulu pun aku dah dekat berkali-kali aku ulang . sampaikan, aku dah ingat lepas plot cerita dia. dah boleh teka dah. hari tu lepas spm ada jugak aku beli novel baru, sampai 2 lagi. tapi tak sampai 5 hari aku dah balun dua-dua. haha. 




terima kasih daun keladi :)