i'm begging you


aku borong novel-novel ni dekat popular cs. gambar ni tak ada kaitan dengan post ni ok?                   

                  pejam celik pejam celik, rupanya dah masuk bulan 2. lagi sebulan je sebelum bulan 3,itu bermakna lagi sebulan lebih juga la sebelum result SPM keluar. isy, macam-macam aku dah bayang tau. sama ada aku menangis gembira atau menyesal. ni belum lagi sehari sebelum result,lagi tak keruan aku dibuatnya. setiap kali orang tanya, result SPM bila keluar, aku terus terbayang berapa A aku dapat. mungkin 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10.

                   aku sebenarnya takut nak letak harapan yang tinggi. sedangkan diri aku pun tak letak harapan yang menggunung, tapi semua orang sekeliling aku anggap aku dapat ulang kejayaan macam aku PMR dulu. Ya ALLAH, aku takut aku tak dapat buat yang terbaik macam yang sebelum ni. sememangnya aku nak sangat yang kejayaan tu boleh berulang lagi. dapat la catat sejrah dalam profil hidup aku. tapi, tengok la dulu dekat mana rezeki aku tu nanti. 

                       salah ke kalau kadang-kadang aku terfikir juga adakah kejayaan aku dulu adalah satu kesilapan? tidak kan? kerana kadang kala ada sahaja bisik hati aku yang mengatakan kejayaan dulu tidak membei makna apa-apa dalam situasi sekarang.

                         aku harap kejayaan dahulu dapat diulangi lagi sebab ramai orang mengharapkan yang terbaik untuk aku. SPM memang lain dari yang lain. dia tak macam ujian bulanan, peperiksaan setengah tahun, atau akhir tahun, UPSR, PMR, ujian komputer nak ambil lesen pun tak. SPM ni special tau. dan mesti semua orang bersetuju dengan aku yang SPM ni la peperiksaan yang paling teramat sangat susah.

lastly, i'm begging you YA ALLAH, please let me to do well toward my parent, or even human in my surrounding. besides, i hope all of my effort from childhood until now is worth with the result. AMIN!






terima kasih daun keladi :)

No comments:

Post a Comment