i'm try to be the best

antara adik-beradik aku, aku rasa aku la yang paling tak pernah duduk jauh dari ayah dengan ibu. aku la satu-satunya orang yang ayah selalu hantar aku pergi sekolah, balik sekolah dari darjah 1 sampai la aku tingkatan 5. satu tempoh masa yang panjang. aku juga la yang selalu berkongsi cerita dengan ibu kalau ayah tak ada dekat rumah. aku kan setia kepada rumah ni. rumahku syurgaku kot! 

selalu aku sahaja hanya tengok orang lain pergi belajar jauh-jauh. tengok dia orang naik bas segala. aku tak nak orang cop aku anak ibu atau ayah. aku tak nak title tuh la. tak pernah terlintas pun. adik-beradik aku semuanya anak ibu dengan ayah. 

nanti kalau aku dah keluar dari rumah, aku cuma berharap keluarga aku tak kan ada benda yang tidak baik berlaku. cukup-cukup la kejadian dulu yang menimpa aku. ianya sangat sakit dan perit untuk didengar, dilihat,diingati atau difahami. tapi, aku dah buktikan walaupun ada sejarah hitam berlaku, benda tu tak pernah meruntuhkan semangat aku untuk terus berusaha malah benda tu la yang membuatkan aku kuat untuk berjaya. insyallah.


i'm try to be the best as a daughter, sister and friend! :)


terima kasih daun keladi :)

No comments:

Post a Comment