hari ini 22 hb feb 2012


beautiful, blue, cloud, clouds, day
assalamualaikum,
tarikh hari ini menggambarkan yang betul-betul lagi sebulan sebelum keputusan SPM keluar.
aku pun tak tau betul ke atau tidak yang 22 hb Mac nanti keputusan diumumkan. tapi nampak macam real je sebab tarikh tu jatuh di hari khamis. selalu memang hari khamis la yang menjadi pilihan untuk umumkan apa-apa keputusan. tak percaya? lantak korang la ok?

orang cakap kalau hari dah nak dekat dengan keputusan peperiksaan,
 selalunya dapat mimpi.
yeke? semalam je ibu dah tanya ada mimpi apa-apa tak? aku kata mimpi nak beli kereta sebiji ada la. haha. dulu waktu aku PMR tak ada langsung mimpi ni. kalau diingat balik,aku mimpi pun lepas dah dapat tau result. itupun mimpi sebab berangan nak mintak apa dekat ayah dengan ibu. haha

sekarang ni sejak dua menjak aku selalu terbayangkan macam mana perasaan aku kalau dapat keputusan teruk atau mungkin suam-suam kuku je A yang aku dapat. apa reaksi aku masa tu ye? meraung kot macam aku UPSR dulu. menyesal tak sudah.



terima kasih daun keladi :)

No comments:

Post a Comment