alhamdulillah dah hampir 3 bulan aku belajar dekat matrikulasi negeri sembilan. mula-mula tu memang rasa susah,tapi lama-lama aku dapat handle la sikit-sikit. kehidupan kat matrik ni tak ada la macam gaya budak belajar kat universiti. lebih ke arah budak sekolah yang berasrama ada la. beza dia cuma ada kuliah,tutorial,kokorikulum, ada kat matrik, ada hep,ada muet. haha :D
kalau pasal roomate pulak, diaorang memang sangat best. aku bersyukur sangat dapat sebilik dengan diaorang. kalau setiap hari lepas kelas aku dapat masuk bilik,rasa heaven sangat, lagi-lagi dapat gelak sakan dengan diaorang. hilang stress lepas habis kelas masa tu. aku rasa best sebab ada certain orang ni siap bergaduh dengan roomate sendiri. aku tak nak la jadi macam tu sebab aku akan bertembung dengan roomate sendiri setiap hari,setiap masa setiap minit. tak kan la nak diajak bermusuh kan?
erm, classmate aku not bad la. diaorang boleh masuk dengan aku. mula-mula dulu memang kata tak best la, tak cool la, tak enjoy la, tapi bila lama-lama semua dah ok. tak kenal maka tak cinta kan?
cikgu-cikgunya pula ada yang garang,ada yang lembut,ada yang terlebih excited nak mengajar, ada yang tak berapa nak faham bila dia bagi kuliah, macam-macam la cikgu ni. tapi yang paling aku ingat ialah cikgu math aku. nama dia cikgu Helmi. dia ni bekas engineer. cara dia mengajar sangatlah menyeramkan. pernah satu hari tu waktu tu hujan, dia mengamuk dengan sorang budak lelaki kelas aku ni sebab dia fail pre ups and dia langsung tak pergi jumpa cikgu kalau ada masalah. mengamuk la cikgu tu dibuatnya. ayat dia yang paling kita orang ingat kalau dia masuk kelas macam ni
"hari ni saya nak check apa?"
"awak ikut je cerita dia"
"jangan tanya kenapa ke apa,dah memang itu jawapan dia"
"mari kita tengok siapa yang kena" (ni kalau lepas kitaorang jawab kuiz)
aku rasa dah banyak sangat ni cerita, lain kali sambung lagi.
anyways, selamat hari raya untuk semua. moga-moga raya tahun ni memberi seribu makna buat semua. aminnnn